Damia tersenyum
melihat kelibat Harith yang sedang termenung memerhati langit petang di tepi pantai
yang indah itu. Dia berlari-lari anak mendapatkan lelaki idaman hatinya itu.
"Hai,
awak..." Damia bersuara. Harith kelihatan sedikit terperanjat dengan kehadirannya
namun sekejap cuma. Lelaki itu kembali menjatuhkan pandangannya ke hadapan tanpa
sedikitpun senyuman terulas di bibirnya.
Damia tersenyum
kecil. Sedikitpun dia tidak terasa. malah dia sudah terbiasa. Hai lah Harith...
Dalam tak suka kau pada aku pun, cadangan Mek Da untuk berkahwin dengan aku kau
terima juga. Damia tersenyum mengingatkan bagaimana dia menyaksikan sendiri persetujuan
Harith dihadapannya, Mek Da dan ibu bapanya.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Harith tersentak
mendengar cadangan neneknya, Mek Da. Kejutan apa pula ni? Sudahlah baru tadi kekasih
hatinya Athira menolak lamarannya atas alasan masih muda lagi. Muda apanya sedangkan
umur mereka sudahpun menginjak 27 tahun. Sekarang Mek Da pula menanyakan persetujuannya
untuk memperisterikan Damia. Bagaimana dia harus bereaksi?
Mek Da yang
melihat kebisuan Harith mula mengeluh perlahan. "Ha dok setuju ko? Ko, Ha doh
ado ore lain?" Soal Mek Da dengan loghat kelantannya yang pekat. Dua menggelarkan
cucu tunggal kesayangannya itu dengan gelaran Ha.
Harith mengangkat
muka memandang wajah Mek Da yang kelihatan sedikit muram. Alahai... Hendak diceritakan
tentang Athira, gadis itu sendiri telah menolak lamarannya. Harith mengalihkan pula
pandangannya ke arah anak angkat Mek Da yang digelarnya Mak Long. Mak long hanya
tersenyum. Begitu juga dengan suaminya. Harith menjatuhkan pula pandangannya ke
arah Damia. Anak gadis tunggal Mak Long. Mata mereka bertembung. Ini adalah kali
pertama mereka bertemu memandangkan selama ini gadis itu melanjutkan pelajaran di
luar negara. Manis juga wajah gadis itu. Damia kelihatan sopan dengan kurung moden
berwarna ungu pekat dan kepala litup bersarung tudung warna sedondon. Masih belum
hilang sifat sopan gadis melayu dalam diri Damia meski bertahun-bertahun membawa
diri di negara orang.
Harith akhirnya
menggelengkan kepalanya. Mek Da sudah mula tersenyum. "kalau mace tu.. Demo
nikoh duo bulan lagi." Bulat mata Harith mendengar kata-kata Mek Da. Allah...
Dua bulan?
"Mek
Da... Bukan cepat sangat ke dua bulan tu?" kedengaran suara lembut bertanya.
Harith memandang ke arah Damia yang sudah memfokuskan pandangan ke arah Mek Da.
"X
dok lah. Perkaro hok baik ni wak po nok lambat-lambatkan. Mek Da ni doh tuo. Sero
nok nengok cucu nikoh dulu sebelum mati." Mek Da sudah menyeka hujung matanya
yang sedikit berair. Bila Mek Da sudah menggunakan senjatanya yang ini, kedua-dua
Harith dan Damia terpaku.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Kenapa
awak setuju dengan pernikahan ni?" Soal Harith terhadap Damia. Ketika itu hanya
mereka berdua di perkarangan rumah yang indah disinari cahaya bulan. Mereka baru
sahaja selesai makan malam setelah mendapat persetujuan mereka terhadap pernikahan
ini petang tadi.
Damia jadi
tak keruan mendengarkan suara Harith yang pastinya berdiri tidak jauh di belakangnya.
Rasa macam nak tercabut jantungnya mendengarkan suara itu. Entah mengapa, sejak
Harith muncul di muka pintu rumah petang tadi, Damia sudah merasakan sesuatu yang
aneh. Rasa kasih yang timbul entah dari mana melihatkan wajah kacak itu. Ya, itulah
namanya jatuh cinta pandang pertama. Itulah, Damia... Sebelum ini kau yang tidak
percayakan cinta pandang pertama. Hah! Sekarang, kau yang tak tentu arah.
"Saya
tanya awak ni." Harith sudah bergerak ke hadapan lalu memegang bahu Damia yang
sedari tadi membatukan diri. Damia yang terkejut dengan tindakan berani Harith segera
menepis tangan Harith dan secara tidak sengajanya pipi Harith turut sama terkena
tempiasnya. Melopong kedua-duanya dengan filem aksi yang tidak dirakam itu.
Ya Rabbi!
Ada ke patut perempuan ni backhand muka aku yang handsome ni. Harith menggosok-gosok
pipinya yang terasa pedih kesan ditampar.
"Aw...
Awak. Ss... Saya tak sengaja. Saya terkejut tadi." Damia mula merasa bersalah.
Tambah lagi saat melihat pipi Harith yang agak kemerahan itu. "Saya tak tahu
pula saya sekuat ni." Ujar Damia lagi.
Harith menghela
nafas. Cool, Harith... Cool. "it's okay. Tak sakit pun." Tipu Harith.
Damia cuba menahan tawa. Sampai dah berbirat macam tu pun kata tak sakit lagi? Pandai
kontrol macho juga Harith ni.
"Saya
tanya tadi, kenapa awak setuju dengan pernikahan ni?" Soal Harith sekali lagi.
Damia menelan liur. Nak terus-terang ke tak? Alah, nanti mereka akan berkahwin juga.
Cakap sahajalah yang kau sukakan dia, Damia...
"Mula-mula
sebab parents saya. Tapi..."
"Maknanya
awak pun rasa terpaksalah, kan. Kalau macam tu kenapa awak tak terus-terang yang
awak tak nak kahwin dengan saya?" Harith memintas. Damia sudah mengerutkan
dahinya. Aduhai... Jelas sangat dia bertepuk sebelah tangan. Nasib baik dia tak
sempat luahkan perasaan tadi. kalau tak...
"Sebab
saya masih sayangkan parents saya. Awak pun sama. Tak ada pun awak cakap apa-apa
pada Mek Da." Damia membalas. Harith merengus.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Apa
awak buat dekat sini?" Soal Harith mematikan lamunan Damia. Tersentak Damia
sehingga tercekik air liur sendiri. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Harith pula terkejut
melihat reaksi Damia itu.
"Haih...
Ada lalat masuk dalam tekak ke? Tulah dari tadi ternganga je mulut." Harith
bersuara sedikit cemas. Mana tak cemas kalau Damia batuk seperti orang nazak. Damia
yang masih batuk sempat lagi menjeling tajam Harith. Buat lawak ke apa mamat ni?
Nasib baik aku sayang kau. Kalau tak memang aku seligi kepala kau.
Setelah
batuk Damia reda. Damia menghela nafas. "Jomlah balik. Mek Da mesti dah tunggu
dekat rumah. Banyak lagi persiapan nak dibuat." Aju Damia lalu bergerak neninggalkan
Harith yang hanya memerhati.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Segalanya
sudah selamat. Ya, Harith dan Damia sudah disatukan. Tidak seperti pengantin lain,
Harith jadi serba tidak kena malam itu ditambah pula dengan kehadiran Athira yang
hanya datang untuk mempamerkan wajah sedihnya. Hendak mendapatkan kekasih hatinya
itu memang mustahillah. Sudahlah sepanjang majlis Mek Da memerhatinya. Hai lah Athira...
Macam mana kau tahu aku berkahwin malam ni...
Haris berura-ura
hendak masuk ke bilik. Pening pula memikirkan Damia yang sudah menjadi isterinya.
Sudah berapa kali dia berulang-alik di hadapan pintu bilik pengantin mereka. Akhirnya
Harith memberanikan diri membuka pintu. Dilihatnya Damia sedang khusyuk menunaikan
solat. Ada rasa aneh menyelinap dalam hatinya namun segera dia tersedar lalu mengambil
peluang itu dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Lebih baik dia berpura-pura
tidur.
Damia yang
sudah selesai berdoa menuju ke arah katil dengan keadaan diri masih dibalut telekung.
Harith yang dapat merasakan katil sedikit bergoyang semakin gementar. habis basah
bajunya dengan peluh. Dadanya terasa mahu pecah menahan debaran.
Harith dapat
merasakan bahunya dipegang lembut. Bagai terkena kejutan elektrik bingkas dia bangun
hingga tidak perasan kepalanya masuk di bawah telekung Damia hingga telekung Damia
tercabut menyelimuti kedua-dua pasangan suami isteri itu. Damia terpempan. Harith
tertegun.
Pertama
kali Harith melihat wajah Damia tanpa bertudung. Rambut gadis itu yang panjang mencecah
bahu kelihatan lebat dan lurus. Menambah kecantikan yang sedia ada pada wajah bujur
sirih itu. Harith terpukau. Tanpa dia sedari dia mendekatkan wajahnya sedikit demi
sedikit dengan wajah Damia. Sasarannya tak lain tak bukan adalah bibir mungil isterinya
itu.
Damia yang
melihat perubahan suaminya yang seperti hilang nyawa itu sudah berkerut dahinya.
Lama sahaja Harith memandangnya. "Abang?" Damia bersuara lembut. Harith
terhenti dari niatnya mendengar panggilan Damia terhadapnya. Panggilan yang memang
telah lama dia ingin dengar dari mulut seorang isteri. Dia bertambah terpukau.
"Ya?"
Kali ini suara Harith pula kedengaran lembut dan romantik. Damia yang mendengar
sudah mahu pecah jantungnya. Namun segera dikawal. Sabar Damia. Sabar. kau kena
ingat yang dia tak cintakan kau. kau jangan perasan lebih-lebih nanti kau yang merana.
Damia menelan
liur. "Abang dah solat?" Soal Damia membuat Harith seperti baru
tersedar dari mimpi. Aduhai... Malunya dia. Segera dia menarik telekung yang menyelimuti
kepalanya dan kepala Damia lalu bangun menuju ke bilik air.
Selesai
berdoa, Harith menyimpan sejadahnya. Kopiah yang dipakainya diletakkan di meja solek
yang baru dibelikan Mek Da untuk Damia. Dia memanjat katil perlahan lalu tidur di
sebelah kiri Damia. Sebaik sahaja dia berbaring, Damia yang masih lena membelakangkannya
berkalih menghadapnya. Berkelip-kelip mata Harith memandang Damia yang jelas tidak
sedar. Harith pula sengaja mahu menguji teori yang baru masuk dengan bernasnya ke
dalam kepala otaknya. Teori yang mungkin Damia akan berkalih mengarah kepadanya
tidak kiralah ke mana dia beralih tempat.
Harith bangun
dari baringnya lalu bergerak ke sebelah kanan Damia menyempitkan tubuh sasanya diruang
kecil itu. Serentak itu juga Damia berkalih seperti yang dia sangka hingga tubuh
langsing Damia berada di atas tubuh Harith. Harum rambut Damia membuat nafas Harith
tidak teratur sementalah Damia lena sahaja tidur tanpa menyedari apa-apa. Harith
jadi kaku di situ. Padan muka Syed Harith Saifullah! Tak tidurlah kau malam ni...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Damia menggeliat melonggarkan urat-uratnya yang
telah tegang. Selesanya dia tidur semalam. x terasa sejuk pagi. Bantal yang dipeluknya
terasa hangat sekali... Enaknya... Damia mengeratkan pelukannya.
Harith yang
sememangnya tidak mampu melelapkan mata sepanjang malam bertambah kaku dengan pelukan
erat Damia. Semakin haru jiwanya. Damia yang bagaikan tersedar sesuatu membuka matanya.
Dia mengerutkan keningnya dengan mata separuh terbuka. Tangannya dikalih dari pinggang
Haris ke dada bidang suaminya yang berombak laju itu. Waktu itu Damia sedar atas
apa... Bukan! Atas siapa yang dia sedang melabuhkan separuh tubuhnya. Damia mengangkat
wajahnya mengejut hingga mata mereka berdua bertembung. Tidak berkelip kedua-duanya.
Apa lagi, Damia segera melepaskan pelukannya lalu menjarakkan sedikit dirinya dari
Harith. Aduhai... Kenapalah pagi-pagi lagi suaminya itu kelihatan kacak sekali.
Dengan keadaan seperti tadi, mahu kena serangan jantung dia. Nampak gayanya, jatuh
cinta lagi Syarifah Damia Zaharah terhadap Syed Harith Saifullah.
Harith membuat
muka selamba padahal dia merasakan seperti jantungnya cuba lari meninggalkan jasadnya.
Tanpa berlengah lagi, Harith meninggalkan isterinya lalu membawa diri ke dalam bilik
air sebelum dia pengsan di hadapan Damia.
Damia mencebik
melihat wajah selamba Harith. Tak berperasaan betullah mamat ni. Seolah dia seorang
sahaja yang dilanda ribut perasaan. Sudahlah Damia... Tak usahlah kau nak mengharap
lagi...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Damia menghulurkan
pinggan berisi nasi goreng kepada suaminya dan kemudian barulah kepada Mek Da dan
kedua-dua ibu bapanya. Dah itu pesan ibunya, dahulukan suami.
Harith menguap
lagi. Penat benar dia. Mana tidaknya semalaman dia tidak tidur dilanda gelojak perasaan.
Matanya juga terasa berat. Mujur hari ini dia cuti.
"Alahai...
Penat sangat nampak Harith. Takkan tak tidur langsung semalam?" Nada aneh Mak
Long membuat mata Harith yang layu kembali membulat. Begitu juga Damia. Terasa darah
panas menyerbu ke wajah. Mek Da dan Pak Long sudah galak mentertawakan mereka.
"Nampak
gayanya sekejap sahajalah kita dapat cucu nanti..." Pak Long sudah turut sama
turun padang menyertai geng Mak Long untuk mengenakan mereka.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Harith membaringkan tubuhnya yang keletihan di atas katil. Sekejap
sahaja matanya terlelap. Tidak lama selepas Harith terlelap, Damia pula masuk ke
dalam bilik. Damia terpandangkan Harith yang begitu nyenyak tidur di atas katil.
Damia lalu menghampiri suaminya.
Tangan suaminya
yang menutup mata cuba dialihkan Damia bagi melihat keseluruhan wajah Harith. Perlahan-lahan
dia mengalihkan tangan sasa itu dari terus menutupi wajahnya. Damia meneliti wajah
Harith. Tangannya mengusik sedikit pipi Harith. Dia ketawa kecil melihat bibir Harith
yang terjongket sedikit. Geli barangkali. Baru sahaja Damia mengusik pipi Harith
buat kali kedua, tangan Harith pantas mencengkam tangan Damia lalu menarik Damia
hingga jatuh ke dalam pelukannya. Belum sempat Damia berbuat apa-apa, Harith sudah
berkalih ke kiri membawa sekali tubuh Damia lebih erat ke dalam pelukannya.
Damia jadi
resah sendiri. Nafas panas Harith terasa menampar lembut pipinya. Perlahan-lahan
Damia memusingkan wajahnya menghadap wajah Harith. Alamak! Tak sampai seinci jarak
wajah mereka. Tidak semena-mena juga Harith membuka matanya. Membulat matanya melihat
wajah cantik itu begitu dekat dengannya sehingga nafas mereka seolah bersatu. Hai
lah Damia... Cantiknyalah isteri aku ni.
Harith mula
mendekatkan lagi wajahnya hingga bibir mereka bersentuhan sedikit, Damia kemudian
pantas menjarakkan pula wajah mereka hingga bibir mereka tidak jadi bersentuhan.
Ah sudah! Mengigaukah suaminya ini? Damia cuba bingkas dari pelukan Harith tapi
Harith bertindak lebih cepat menahan Damia hingga Damia terbaring semula. Secepat
itu juga tubuh sasa Harith menghimpit tubuh langsing Damia. Kedudukan Harith di
atasnya terus membuat Damia diam tidak berkutik. Biarlah kalau Damia tidak mencintainya
sekalipun. Yang dia tahu dia sudah mula menyayangi gadis ini dan hubungan mereka
juga sudah termaktub sebagai suami isteri. Tak salah jika dia menuntut haknya.
Kedua-dua
tangan Damia yang memang mendarat di dada bidang Harith diusap lembut Harith. Harith
mendekatkan bibirnya ke telinga Damia. "Damia yang datang dalam pelukan abang.
Takkan abang nak lepaskan." Romantik sekali suara Harith berbisik di telinganya.
Cair terus Damia mendengarnya.
Harith kembali
mengangkat muka merenung redup mata bundar Damia yang langsung tidak berkelip itu.
Entahkan menolak entahkan menerima. Ah! Dia sudah penat diuji sepanjang malam semalam.
Lebih baik dia terus mencuba nasib. Lalu Harith melekapkan bibirnya ke bibir Damia.
Matanya yang terpejam terbuka semula saat merasakan rambutnya dibelai lembut. Dia
tersenyum sedikit sebelum memejamkan matanya semula. Kedua-duanya hanyut dalam cinta
yang bersemi dalam termeterainya ikatan yang halal.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
7 bulan berlalu, perut Damia semakin sarat. Bahagia yang dirasa
semakin memuncak. Tidak sabar rasanya mahu melahirkan anak hasil ikatan cintanya
dan suami.
"Sayang
penat ke? Nak duduk rehat dulu?" Soal Harith pada isterinya yang sudah kelihatan
agak lelah itu. Damia menganggukkan kepala. Harith segera memimpin Damia ke arah
kerusi terdekat. Dia turut sama melabuhkan punggung di sebelah Damia. "Itulah...
Abang kata jangan ikut, degil. Kan dah penat." Omel Harith dengan wajah yang
dibalut kerisauan.
Damia mencebik.
"Memanglah Damia kena ikut. Nak harapkan abang seorang beli baju baby? Hmm...
Tak percayalah Damia." Damia menggeleng-gelengkan kepalanya. Harith terus mencubit
pipi isterinya itu.
"Amboi!
Pandai kutuk suami sendiri." Waktu itu jugalah kedengaran suara halus menyeru
nama Harith.
"Harith...
You... Tak sangka yang kita jumpa dekat sini.." Damia memandang aneh seorang
gadis yang semakin mendekat. Tanpa diduga gadis tidak dikenali itu terus memeluk
Harith tanpa mempedulikan pandangan orang ramai. Damia hanya mampu terlopong. Ini
suami diakah atau suami gadis itu?
Harith segera
menolak tubuh Athira. "Apa ni Tira? Tak malu ke?" Haris bernada keras
tanpa meninggikan suara.
Athira tersenyum
sinis mendengar kata-kata Harith. "Tch... Malu? Sejak bila you pandai malu
ni? Sebelum ni, lebih dari ni pun you tak rasa malu.." Harith dan Damia sama-sama
tersentak.
"Apa
yang you cakap ni, Tira?" Harith sudah tidak dapat menahan amarahnya. Nada
suaranya sudah ringgi melangit. Namun Athira hanya tersenyum sinis.
"Abang...
Dah lah tu. Jom balik." Pujuk Damia lembut sambil menarik tangan suaminya.
Athira yang baru perasankan Damia yang sarat mengandung itu terus berubah air mukanya.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Damia resah di bilik. Kata-kata Athira tidak dapat dia lupakan.
Apa maksud gadis itu bahawa lebih dari itu mereka pernah lakukan? Lebih dari berpeluk?
Ya Allah... Janganlah apa yang aku fkirkan ini benar.
Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpampang di skrin telefon.
Segera Damia menjawab
"Ini
aku... Athira. " Suara yang kedengaran
disebalik corong sana membuat Damia tersentap.
"Mana
kau dapat nombor aku ni?" Soal Damia namun masih cuba mengawal nada agar tidak
terlalu terbawa dengan emosi.
"Itu
kau tak perlu tahu. Aku ada cara aku sendiri. Kau dengar sini, perempuan. Harith
itu kekasih aku. Dia cintakan aku dan bukannya engkau."
"Maaf
Cik Athira. Mungkin dulu abang Harith kekasih kau. Tapi sekarang dia suami aku dan
bapa kepada anak yang aku kandung ni. Itu dah cukup untuk buktikan yang dia cintakan
aku."
"Hahaha!"
Kedengaran suara ketawa yang membingitkan telinga. "Kau tak payah nak buat
lawaklah. Dia kahwin dengan kau sebab nenek dia. Dan kau kena ingat. Lelaki boleh
tidur walau dengan perempuan yang tak dia cintai. Dan kau kena tahu, kalau dengan
perempuan yang sedikitpun tak ada tempat di hati dia macam kau pun dia boleh tiduri,
macam manalah agaknya dengan kekasih hati dia macam aku ni?" Berani sungguh
Athira menabur fitnah.
Damia sakit
hati mendengar kata-kata Athira. Tidak semena-mena dia merasakan telefon di tangannya
dirampas. Harith sudahpun berdiri tegak di hadapannya.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Abang...
Maaf Damia bertanya. Semua yang Athira cakap itu fitnah, kan?" Damia memberanikan
diri bertanya kepada Harith yang diam membeku di balkoni.
Harith tidak
menunjukkan sebarang reaksi. Syaitan mula menghasut hati Damia untuk mempercayai
kata-kata fitnah Athira.
"Kenapa
abang diam? jangan-jangan... Abang menang pernah terlanjur dengan Athira."
Tuduhan melulu Damia membuat Harith terus berpaling.
"Apa
Damia mengarut ni?" Tinggi suara Harith hingga terhinjut bahunya. Terkejut
dia ditengking begitu sekali. Ditambah dengan keadaan dirinya yang sarat mengandung,
hatinya bertambah sensitif.
Harith kelihatan
sedikit kesal kerana telah terlanjur menengking isterinya. Tapi, dia merasa dirinya
sebagai suami tercabar hingga dituduh begitu sekali oleh isterinya. Seolah dia lelaki
yang tidak ada iman. Harith cuba mendekati Damia yang sudah tersedu-sedan menahan
hiba. "Damia... Abang..." Baru Harith hendak mendekat, Damia terlebih
dahulu melarikan diri keluar dari bilik. Harith mengejar dari belakang.
Sampai di
tangga, Damia tergelincir. perutnya yang memboyot terhantuk kuat ke lantai. Harith
yang mengekor di belakang menjerit memanggil nama Damia. Segera dia mendapatkan
Damia.
"Ya
Allah, isteri aku..." Harith segera memangku Damia yang sedang mengerang kesakitan.
Terasa darah mengalir di celah pahanya. Damia semakin lemah ditimpa kesakitan yang
amat dasyat. "Sayang... Stay with me. Kita pergi hospital sekarang. Sayang
sabar..." Harith memangku tubuh Damia yang sudah separuh sedar.
Mek Da muncul
mendengar kebisingan di ruang tamu. tersentak dia melihat keadaan cucu menantunya.
"Allah!! Ha! Wakpo nge bini mu ni?!" Mek Da sudah menangis melihat keadaan
Damia.
"Damia
jatuh tangga, Mek. Mek duk rumoh. Ha nok bawok Damia gi hospital." Segera Harith
berlalu setelah melihat anggukan Mek Da.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Saya
nak suami saya..." Damia bersuara lemah. Tangannya yang tergapai-gapai rasa
digenggam oleh sepasang tangan yang hangat. Dia dapat melihat wajah Harith yang
basah dengan air mata. Sepasang mata milik Harith melimpah dengan kasih sayang buatnya.
Ya Allah, besarnya dosaku mengesyaki suamiku sendiri. Sungguh inikah pembalasan
ke atasku.
Tangan Harith
dibawa kebibir lalu dikucup lama. "Abang, ampunkan dosa Damia. Damia cintakan
abang." Harith menganggukkan kepala. Sungguh sayu hatinya mendengar bicara
isterinya.
"Abang
minta maaf. Abang tak sepatutnya tengking Damia. Demi Allah, hanya Damia yang abang
cinta. Demi Allah, abang tak pernah sentuh perempuan lain selain isteri abang. Sayang
kena kuat. Abang cintakan Damia." Dahi Damia dikucup lama. 'Ya Allah... Selamatkanlah
isteri dan anakku.' Rintih Harith di dalam hati.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Tubir mata
Harith bergenang dengan air mata lelakinya. "Ya Allah..." Dia mendongakkan
kepalanya memandang syiling hospital dengan seribu rasa yang bercampur-baur dalam
hatinya setelah mendengar penjelasan doktor tadi.
Doktor berketurunan
india itu menepuk-nepuk bahu Harith. Faham sangat dia dengan perasaan yang kini
melanda diri Harith. Sebentar kemudian dia terus berlalu meninggalkan lelaki itu
melayan perasaannya sendiri.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Harith berdiri di sebelah katil pembaringan Damia. Wajah tenang
itu ditenung dalam-dalam.... Sejenak, dia mencapai tangan isterinya lalu dikucup
lama sebelum bibirnya beralih ke dahi Damia. Tumpah kasih seorang suaminya di situ.
Damia membuka
matanya apabila dia merasakan kehadiran Harith. Senyuman yang manis terukir buat
suami tercinta. Harith turut sama membalas senyuman itu.
"Anak
kita, bang?" Soal Damia saat menyedari perutnya sudah kempis tidak berisi.
Cepat sahaja Harith mengangguk memberi kelegaan kepada isterinya.
"Alhamdulillah
Allah selamatkan isteri dan anak perempuan abang. Allah beri abang peluang untuk
lebih menyayangi Syarifah Damia Zaharah dan Syarifah Tasneem Zaharah." Bisik
Harith di telinga isterinya. Damia tertawa kecil mendengar nama anaknya.
"Laju
abang beri nama dekat Tasneem..." Damia mengusik.
"Laju
juga isteri abang sesuaikan diri panggil anak kita Tasneem. Sayang suka dengan nama
yang abang pilih?"
"Suka
sangat..." Damia merangkul tengkuk Harith lalu merapatkan wajah itu ke wajahnya.
Pipi Harith dicium penuh kasih.
"Maafkan
Damia kerana meragui abang..."
"Maafkan
abang kerana memberi ruang untuk Damia curiga pada abang..." Kedua-duanya tersenyum
bahagia. "Terima kasih sayang. Untuk segala-galanya..." Kini tidak akan
ada lagi ruang curiga antara mereka kerana kasih mereka itu pasti.....
Cerita pendek,tapi sangat best..terbaiklh. 👍
ReplyDelete